Friday, 23 November 2012

Udara




Kepentingan Udara Kepada Manusia

Udara yang bersih membekalkan oksigen 
yang membantu tubuh badan kita 
bertindak dengan lebih cergas. 
Tanpa bekalan oksigen yang cukup, 
darah, sel-sel tisu, kelenjar-kelenjar 
serta organ-organ penting yang lain 
akan merosot kesuburannya.



                                                            





Tuesday, 20 November 2012

Air




Kepentingan Air Kepada Badan Manusia

** Otak kita mengandungi 90% air
** Darah kita 83% air                                                 
** Otot kita 75% air
** Tulang kita 22% air
** Air menstabilkan suhu badan
** Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
** Air membantu sel-sel untuk menyerap nutrisi dengan baik
** Air melindungi organ-organ
** Air melindungi dan melembabkan rawan
** Air melembabkan udara dalam paru-paru
** Air meningkatkan kadar metabolisma
** Air membantu dalam menyingkirkan kumuhan dan toksin
** Air membantu dalam proses penghadaman dan pencernaan
** Air mengawal keanjalan kulit badan


Jika kita kekurangan air, kita akan : --

** badan selalu kepenatan
** sakit kepala yang kerap atau migrain                
** tekanan darah yang tidak  
     seimbang                       
** masalah buah pinggang
** sembelit
** ketegangan otot
** kulit kering
** risiko kematian

Tips tambahan :--
** Setiap 25kg berat badan, kita perlu minum sekurang-kurangnya 
    1 liter air kosong setiap hari.    







Saturday, 17 November 2012

Makanan




Manusia tidak boleh membuat makanan sendiri.  
Oleh itu, manusia mendapatkan makanan
daripada tumbuhan dan haiwan.


Kepentingan Makanan Kepada Manusia

** membantu tumbesaran
** membekalkan tenaga untuk 
     melakukan aktiviti
** membekalkan haba kepada badan
** membaiki tisu yang rosak
** menguatkan imuniti badan daripada      
     serangan penyakit

 

 



Tuesday, 13 November 2012

Makanan Membantu Tumbesaran





         Makanan yang mencukupi menjamin     
            
                tumbesaran yang baik.








Thursday, 8 November 2012

Makanan Memberi Tenaga





Makanlah makanan yang memberi tenaga kepada kita secukupnya 
supaya kita bertenaga untuk melakukan aktiviti tanpa berasa letih.




Saturday, 3 November 2012

Makanan Menjaga Kesihatan

 


Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan 
menjamin kesihatan badan kita.